Tuesday, June 10, 2008

Sistem Bekalan Air Perigi Tiub

Sistem Telaga Tiub adalah salah satu alternatif bekalan air. Penghasilan laman blog ini bertujuan untuk memberi info terkini berkaitan Sistem Telaga Tiub yang kini semakin mendapat perhatian pelbagai pihak. Fokus utama blog ini adalah Sistem Telaga Tiub yang digunakan di sekolah-sekolah luar bandar negeri Sabah. Projek Sistem Telaga Tiub ini adalah salah satu projek di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2002.

Setakat ini, terdapat 116 buah sekolah di seluruh daerah negeri Sabah telah dibekalkan dengan sistem bekalan air malalui telaga tiub. Projek pembangunan Sistem Telaga Tiub ini terbahagi kepada 3 fasa perlaksanaan. bagi fasa pertama, sebanyak 74 buah sekolah telah dibekalkan dengan sistem ini. Dimulakan pada tahun 2002 dan siap pada tahun berikutnya. fasa 2 dimulakan pada tahun 2005 melibatkan 30 buah sekolah dan siap sepenuhnya pada april 2006.

Pada bulan Jun 2007, fasa ketiga Projek Sistem Bekalan Air Perigi Tiub mula dilaksanakan dan siap sepenuhnya pada bulan disember tahun yang sama.

Punca Air Telaga Tiub

No comments: